Search
Close this search box.
Kennedy Chukpai Ugon pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

DUN Sarawak: Syor majlis daerah ditubuhkan di Belaga, mantapkan pentadbiran

ByConnie Grace

KUCHING, 17 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon mencadangkan penubuhan majlis daerah di Belaga bagi memantapkan lagi pembangunan di kawasan itu.

Menurutnya, ia selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang bermatlamatkan memajukan Sarawak.

Belaga perlukan Majlis Daerah

“Selaras dengan aspirasi PCDS 2030 saya sekali lagi ingin mengesyorkan di Dewan Yang Mulia ini agar diwujudkan satu majlis daerah yang baharu bagi Daerah Belaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, penubuhan majlis daerah ini akan menjadi elemen penting ke arah Daerah Belaga diiktiraf sebagai pusat pentadbiran baru bertaraf bahagian dengan menaik taraf Daerah Kecil Sungai Asap sebagai Daerah.

Beliau berkata, Daerah Belaga berkeluasan 19,050 kilometer persegi merupakan satu daerah yang sangat luas terletak di Bahagian Kapit.

“Bahagian Kapit berkeluasan 38,934 Kilometer Persegi yang merangkumi empat daerah iaitu Daerah Belaga, Daerah Bukit Mabong, Daerah Kapit dan Daerah Song.

“Majlis Daerah Kapit telah ditubuhkan pada 1 Januari 1955 untuk mentadbir urus daerah-daerah di Bahagian Kapit,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan