Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching, hari ini. Foto: UKAS

DUN Sarawak: Kerajaan Sarawak rangka tiga pelan pengurusan ancaman buaya

ByConnie Grace

KUCHING, 17 Mei: Kerajaan Sarawak sedang merangka tiga pelan pengurusan baharu sebagai langkah bagi menghapuskan ancaman serangan buaya.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah-langkah pemuliharaan buaya sebagai haiwan terlindung telah mendatangkan hasil positif.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Nelayan dibaham buaya ganas di Oya ketika menjala
  2. 2. Pusat Perlindungan Buaya langkah SFC tangani ancaman sang bedal di daratan

“Tiga pelan yang dirangka oleh Kerajaan Sarawak sekarang ini ialah meneruskan usaha pemuliharaan buaya dan habitatnya, memastikan keselamatan penduduk terjamin dan memanfaatkan buaya sebagai sumber asli secara lestari,” katanya.

‘Dari tahun 2020 sehingga kini, Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah menjalankan sebanyak 107 operasi dimana sejumlah 95 ekor buaya telah ditangkap dan 482 biji telur telah dipindah,” katanya.

Rangka tiga pelan pengurusan ancaman buaya

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, 77 lesen memburu buaya dikeluarkan dengan penangkapan 133 buaya dari 2020 hingga 2022.

Justeri katanya, dalam memperkasakan pengurusan buaya di Sarawak, pegawai dan kakitangan yang terlibat sentiasa diberi pendedahan untuk meningkatkan kapasiti pengetahuan dan kebolehan melalui latihan dan penglibatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“SFC juga menjadi agensi rujukan berkaitan buaya oleh International Union for Convervation of Nature (IUCN) Crocodile Specialist Group, Brunei Darussalam, Filipina serta negeri-negeri lain di Malaysia,” ujarnya.

Sebagai langkah jangka panjang tambahnya, SFC akan meningkatkan lagi kerjasama dengan pakar-pakar dari Australia, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat bagi memperkasakan Pelan Pengurusan Bersepadu Buaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan