Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada majlis penangguhan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kayu Sarawak 2023 di Kuching, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Bangunan BCCK diperbesarkan menggunakan bahan kayu sepenuhnya – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Mei: Bangunan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bakal diperbesarkan menggunakan bahan kayu sepenuhnya, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sambil berharap pusat konvensyen itu kelak akan dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan, beliau berkata keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pusat konvensyen berasaskan kayu dibina di Sarawak

“Pada masa sama, kita juga dapat mempamerkan produk perkayuan,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Kayu Sarawak 2023 di BCCK di sini, hari ini.

Abang Johari berkata lagi, pembesaran bangunan itu merupakan antara usaha mempromosikan Sarawak di mata dunia.

Justeru, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkaitan untuk merealisasikannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan