Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Kuching, hari ini. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Abang Johari akan menyempurnakan pelepasan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka

ByLuqman Muhammad

KUCHING,17 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyempurnakan upacara pelepasan peserta Konvoi Kembara Sarawak Merdeka sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata upacara berkenaan akan diadakan di Lawas pada 28 Mei ini.

“Objektif kembara ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dan juga rasa cintakan tanah air dalam kalangan rakyat berbilang kaum di segenap pelusuk bahagian di Sarawak,” katanya pada sidang media Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di sini, hari ini.

Antara pengisian penting konvoi adalah untuk merayakan kemerdekaan dengan menyantuni rakyat sambil mengedar dan mengibarkan bendera Sarawak di setiap persinggahan.

Berakhir di Kuching, konvoi kembara ini akan menjelajah ke 12 bahagian selama 56 hari bermula 28 Mei hingga 22 Julai melibatkan perjalanan 3,516 kilometer. Sebanyak 856 kereta dan motosikal akan menyertai konvoi berkenaan.

Menurut Abdul Karim lagi, konvoi tetap bagi kembara berkenaan akan melibatkan 37 wakil, 14 kenderaan dan empat motosikal dari pasukan Urusetia Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, MySED dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, kereta peronda polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pasukan mekanikal Jabatan Kerja Raya (JKR).

Acara sampingan akan diadakan di setiap lokasi perhentian konvoi antaranya Gerai Jualan dan Usahawan, Sarawak X-Tive yang melibatkan program belia, Youth Got Talent dan pameran dari agensi kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan