Search
Close this search box.
Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Bungey, Debak pada pagi semalam. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Razi santuni mangsa kebakaran Kampung Bungey

ByDayu Adruce

KUCHING, 17 Mei: Prihatin dengan nasib malang mangsa kebakaran di Kampung Bungey Debak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam turun padang melawat mangsa.

Razi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menghulurkan bantuan kewangan dan makanan serta peralatan asas bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan memohon bantuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk membina semula rumah mangsa yang musnah sepenuhnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Debak bagi mendapatkan sumbangan daripada penduduk kampung dalam usaha untuk meringankan beban ahli keluarga mangsa.

Antara yang turut menghulurkan bantuan ialah Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak (LAKMD), Baitulmal Betong, APM Debak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong.

Difahamkan, rumah berstruktur tidak kekal satu tingkat itu musnah sepenuhnya akibat kebakaran yang berlaku kira-kira 4.30 pagi semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan