Search
Close this search box.
Setakat 15 Mei tahun ini, rabies meragut sembilan nyawa di Sarawak. Foto hiasan

Rabies ragut 59 nyawa di Sarawak sejak Julai 2017

ByDayu Adruce

KUCHING, 16 Mei: Sarawak merekodkan 59 kematian daripada 66 kes rabies dalam kalangan manusia sejak ia diisytiharkan sebagai wabak pada Julai 2017.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata untuk tahun ini, setakat 15 Mei, sembilan nyawa diragut daripada 11 kes rabies.

Menurutnya, daripada 11 kes dilaporkan pada 2023, empat kes masing-masing dicatatkan di Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua kes dari Bahagian Kuching, dan satu kes dari Bahagian Bintulu.

“Kes-kes ini membabitkan pesakit dalam lingkungan enam hingga 63 tahun.

“Lapan kes yang dilaporkan pada tahun ini mempunyai sejarah digigit oleh anjing dan dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing.

“Satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar oleh haiwan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus rabies.

“Sekiranya digigit atau dicakar atau terkena air liur haiwan, luka mesti segera dicuci menggunakan air mengalir dan sabun sekurangkurangnya selama 15 minit dan segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilik juga perlu memastikan haiwan peliharaan melengkapkan vaksin anti-rabies mengikut janji temu yang ditetapkan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai jangan sesekali cuba mengendalikan sebarang haiwan liar, termasuk anjing dan kucing liar sama ada yang hidup atau yang mati.

Dalam pada itu, 31 fasiliti Kementerian Kesihatan di seluruh Sarawak telah dikenal pasti bagi menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies.

Manakala sembilan hospital turut memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan