Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Purata 250 laporan gigitan haiwan setiap bulan di Sarawak

KUCHING, 16 Mei: Jabatan Veterinar Sarawak (DVSS) menerima laporan sebanyak 250 kes gigitan haiwan secara purata pada setiap bulan, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau yang juga Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sejak kes pertama rabies dikesan di Sarawak pada 1 Julai 2017.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Kerajaan Sarawak akan mewajibkan vaksinasi anti-rabies – Rundi
  2. 2. Jangan abai langkah keselamatan hadapi rabies – Dr. Sim
  3. 3. Rabies ditangani sebagai bencana, diaktifkan semula di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

Kata beliau, sejak itu, Kerajaan Sarawak secara aktif berusaha untuk mencegah wabak berkenaan daripada menular termasuk melaksanakan program vaksinasi.

“Angka terkini setakat 8 Mei lalu sebanyak 232,198 vaksin anti rabies telah diberikan namun kita berdepan kekangan tertentu termasuk kekurangan tenaga manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Persidangan Rabies di Borneo di sini hari ini.

Stephen Rundi berkata, suntikan vaksin hanya boleh dilaksanakan dengan bantuan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (IBET).

“Kita kekurangan tenaga manusia, DVSS memerlukan bantuan. Oleh itu sangat penting bagi kerajaan mempertimbangkan untuk melibatkan sumber luar,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, sebanyak 1,251 kes gigitan haiwan telah dilaporkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 55 peratus kes ini melibatkan haiwan milik sendiri,” katanya.

Sehingga kini, terdapat 66 kes rabies manusia yang melibatkan 59 kematian sejak wabak berkenaan diisytiharkan di negeri ini pada 2017.

Sebanyak 11 kes rabies manusia pula dilaporkan pada tahun ini setakat 13 Mei dengan sembilan kematian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan