Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni melawat beberapa klinik kesihatan daif di Miri hari ini. Foto Kementerian Kesihatan (KKM)

Projek naik taraf 36 klinik kesihatan daif di Sarawak dijangka siap tahun ini

MIRI, 16 Mei: Projek menaik taraf 36 buah klinik kesihatan daif di Sarawak yang melibatkan kos RM8.8 juta dijangka akan siap pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, skop kerja bagi projek berkenaan termasuklah pertambahan bangunan baharu selain menaik taraf kuarters petugas.

Kata beliau, di beberapa kawasan, kerja – kerja berkenaan juga akan melibatkan pembinaan bangunan asas klinik.

“Kita sedia maklum klinik kesihatan di luar bandar berada dalam keadaan daif. Sebab itu saya sendiri turun melawat termasuk di kawasan saya, seluruh Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Tun Abang Haji Openg di sini hari ini.

Fasiliti kesihatan itu akan dinaik taraf dengan menyediakan ruang baharu untuk unit kecemasan yang sempit.

Terdahulu Lukanisman turut melawat Klinik Kesihatan Long Lama dan memaklumkan akan menyegerakan proses tender untuk membina benteng hakisan tanah yang dijangka siap dalam masa setahun.

Berkenaan cuaca panas pula, beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengehadkan aktiviti luar serta minum air secukupnya terutamanya bagi pelajar dan pekerja luar seperti buruh, peladang dan pekebun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan