Search
Close this search box.
Sejumlah biji benih disyaki pokok ganja dan ketulan mampat disyaki ganja yang dirampas pada serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Sungai Rokam di sini semalam. Foto: PDRM Perak.

Polis rampas biji benih ganja, sita harta lebih RM600,000

ByTVS

IPOH, 16 Mei: Sejumlah benih ganja berjaya dirampas polis dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Sungai Rokam di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dalam operasi kira – kira pukul 12.15 tengah malam itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bersama kira-kira 7.4 kilogram (kg) ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.

Kata beliau, pemeriksaan turut menemukan anak benih disyaki pokok ganja dan 90 mililiter (ml) cecair ganja yang keseluruhannya bernilai RM25,547 selain peralatan membungkus dadah.

“Polis juga menyita harta bernilai RM699,182 iaitu tiga buah kenderaan, lapan utas jam tangan, rantai dan gelang serta wang tunai RM150,000,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Lapan utas jam tangan dan wang tunai RM150,000 antara yang dirampas polis pada serbuan di kampung Sungai Rokam di sini semalam. Foto: PDRM Perak.

Tambah Azizi, susulan operasi itu, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun kira-kira pukul 1.15 pagi tadi di Taman Sri Rokam di sini dan merampas 40 gram ketulan mampat disyaki ganja bernilai RM400.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Kedua-dua suspek direman seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan