Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang dicurahkan guru-guru pernah mendidik beliau. Foto fail: Bernama

PM ucap selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkanĀ Selamat Hari Guru kepada seluruh guru dan warga pendidik di negara ini.

Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan oleh guru-guru yang pernah mendidik beliau.

“(Tanggal) 16 Mei adalah tarikh besar tatkala kita mengenang dan mengimbau jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat.

“Semoga ilmu yang dicurahkan memanusiakan kita dan kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, komitmen dan keringat kalian amat saya sanjungi. Terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI’ diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan