Search
Close this search box.
Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Zulkiflee Sebli. Foto: Zulkiflee Sebli (Facebook)

Keikhlasan guru teras kekuatan mendidik anak bangsa

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Mei: Semangat dan ‘roh’ seorang guru yang ada dalam diri individu bergelar pendidik menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi Madani.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Zulkiflee Sebli berkata guru-guru perlu sentiasa menerapkan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa meskipun berdepan pelbagai cabaran pendidikan baharu.

“Keikhlasan ini akan menjadi satu kekuatan untuk maju dari segi pemikiran dan kerohanian.

“Guru akan terus disayangi jika konsep insani diamalkan dalam mendidik dan memadanikan anak bangsa kita,” katanya ketika dihubungi TVS.

Namun, beliau menegaskan masyarakat juga perlu menghargai dan memartabatkan semula kerjaya sebagai seorang guru lebih-lebih lagi pada masa kini.

Ujarnya lagi, tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Insani, Pemangkin Generasi Madani’ adalah bertepatan dengan aspirasi bagi membentuk masyarakat Madani.

Menurutnya, pendidik era moden sering menerima pelbagai tohmahan daripada masyarakat.

“Guru sekarang dikatakan tidak ikhlas mengajar, mementingkan pendapatan luar daripada gaji bulanan dan diuji dengan 1001 tohmahan.

“Kita patut kembali memartabatkan profesion perguruan ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan