Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh ditemui pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto Burhanuddin Kamel (TVS).
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh ditemui pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto Burhanuddin Kamel (TVS).

DUN Sarawak: Syarikat pemaju perlu patuhi MOSRA

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Mei: Kerajaan Sarawak menggesa syarikat pemaju supaya mematuhi Memorandum Penyerahan dan Pemindahan Semula (MOSRA) serta menjelaskan bayaran premium tanah dan fi yang dikenakan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, menjadi kewajipan pemaju untuk menyempurnakan komitmen itu bagi memastikan pembeli mendapat surat hak milik masing-masing.

“Sebelum surat hak milik tanah dikeluarkan, kelulusan ‘depositing of survey plan’ hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

“Ini merupakan antara yang diperlukan selain kelulusan Permit Menduduki (OP) dan Road Certificate yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Joseph Chieng Jin Ek (Gabungan Parti Sarawak – Bukit Assek) mengenai projek yang belum dikeluarkan surat hak milik di Bahagian Sibu dan bahagian lain di negeri ini.

Mengulas lanjut, Len berkata, setakat 30 April lepas, jumlah lot yang menerima OP dan Road Certificate melebihi tiga tahun namun belum menerima surat hak milik tanah berjumlah 447 lot.

Kata beliau, ini melibatkan 333 lot kediaman, 100 lot komersil dan 14 lot industri.

Sementara itu, katanya isu kelewatan pengeluaran surat hak milik projek pembangunan yang melibatkan pertukaran syarat dan pecah bahagi (AVTC) tanah turut berlaku di seluruh Sarawak.

“Setakat tempoh yang sama, sebanyak 183 projek pembangunan melibatkan AVTC belum dikeluarkan dengan surat hak milik tanah.

“Ini melibatkan sejumlah 4,304 lot yang terdiri daripada 2,069 lot kediaman, 1,171 lot pembangunan bercampur, 916 lot komersil, 126 lot industri dan 22 lot untuk lain-lain kegunaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS