Search
Close this search box.
Dato Majang Renggi berkata projek untuk sektor pelabuhan turut digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030.

DUN Sarawak: Kerajaan belanja RM186.5 juta bagi lima projek sektor pelabuhan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 16 Mei: Kerajaan Sarawak membelanjakan RM186.5 juta bagi melaksanakan lima projek bagi sektor pelabuhan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Dato Majang Renggi berkata inisiatif tersebut digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Projek berkenaan ialah Pembekalan dan pemasangan Sistem Pengurusan Trafik Kapal (Vessel Traffic Management System) Sungai Sarawak, Kuching; Kajian bagi melaksanakan Zon Bebas Senari, Kuching; Kajian Pelan Induk Pelabuhan Miri Fasa 1; Pembinaan laman kenderaan dan fasiliti Pelabuhan Senari, Kuching; dan Pembekalan, pemasangan dan pentauliahan dua ‘quay crane’ Pelabuhan Senari Kuching.

“Dalam meningkatkan kapasiti pelabuhan-pelabuhan di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak, empat inisiatif telah digariskan di bawah PCDS 2030 termasuk Perkhidmatan Efisien Pelabuhan, Terminal Selatan, Zon Bebas Senari dan mengaktifkan Miri sebagai Gerbang Utara Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan, Majang berkata projek pembekalan dan pemasangan alat bantuan pelayaran telah siap sepenuhnya manakala cadangan pembekalan, pemasangan dan pentauliahan projek kren serta cadangan pembekalan dan pemasangan Sistem Pengurusan Trafik Kapal (VTMS) telah dikemukakan untuk pertimbangan menerusi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)

Dalam masa sama, ADUN Samalaju itu memberitahu 15 projek baharu juga telah dikemukakan untuk pertimbangan dalam Kajian Separuh Penggal RMK12.

“Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan termasuk Kajian Pelan Induk Pelabuhan Miri Fasa 1, pembinaan laman kenderaan dan fasiliti Pelabuhan Senari serta pembekalan, pemasangan dan pentauliahan dua ‘quay crane’ juga di pelabuhan yang sama,” katanya.

Menurutnya lagi, projek naik taraf rumah api di Tanjung Po dan Tanjung Datu telah siap sepenuhnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan