Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib malam ini hadir ke Majlis Jamuan Negeri sempena istiadat pembukaan penggal kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19. Foto TVS.

Tun Abdul Taib hadir Majlis Jamuan Negeri sempena pembukaan sidang DUN

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib malam ini hadir ke Majlis Jamuan Negeri sempena istiadat pembukaan penggal kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Baca artikel berkaitan >>> Tun Taib rasmi pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Ketibaan Tun Abdul Taib dan Toh Puan Raghad pada pukul 8.30 malam diiringi Abang Johari serta Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Ketibaan Tun Abdul Taib dan Toh Puan Raghad disambut oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar. Foto TVS.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku dan diteruskan dengan persembahan oleh Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SAWNZ) dan Zephyr Dance Studio.

Jamuan turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Max Kueh, Afif, Alia Tenor, Yadee dan Hafeezah yang menyampaikan seleksi lagu seperti Don’t Want To Miss A Thing, Jikalau Abang Rindu dan Berkikis Bulu Betis.

Tetamu turut dihiburkan dengan dengan persembahan oleh Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SAWNZ). Foto TVS.

Persidangan DUN Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari hingga 24 Mei ini.

Pagi tadi, Tun Abdul Taib turut hadir merasmikan istiadat pembukaan sidang DUN.

Antara lain, sidang akan menyaksikan pembentangan tiga rang undang-undang (RUU) termasuk RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023, RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2023 dan RUU Majlis Kraftangan Sarawak 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan