Search
Close this search box.
Shahelmey melakukan tinjauan kerja di Lori Rawatan Air Segaliud di Sandakan. Foto: TVS

Sabah perlu bantuan kewangan untuk selesai masalah bekalan air

ByTVS

SANDAKAN, 15 Mei: Kerajaan Sabah akan memohon bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, ini kerana negeri ini memerlukan perbelanjaan besar untuk menaik taraf sistem bekalan airnya.

Katanya, bantuan kewangan yang boleh disalurkan kerajaan pusat termasuklah dalam bentuk pinjaman mudah atau geran.

“Kita juga berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kaedah yang dapat dilaksanakan oleh Putrajaya bagi membantu selesaikan masalah bekalan air di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan kerja di Loji Rawatan Air Segaliud di Sandakan, petang tadi.

Shahelmey diminta mengulas pengumuman Anwar baru – baru ini yang Kerajaan Persekutuan akan cuba menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan dan Sabah meskipun melibatkan perbelanjaan yang besar.

Mengenai lawatan itu, beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkara, kerja membaiki kemudahan yang rosak termasuk mengepam air sungai ke Empangan Segaliud telah dilaksanakan sejak 10 hari lepas.

“Pengendali loji juga telah menambah dua unit pam untuk memastikan paras air empangan meningkat dan dapat dirawat untuk bekalan air bersih di daerah ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan