Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ditemui pada sidang media Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’I di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin. Foto: Mohd Raffiq (TVS).
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ditemui pada sidang media Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’I di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin. Foto: Mohd Raffiq (TVS).

PM rasmikan Seminar Antarabangsa Imam Syafie di Kuching Khamis ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Seminar Antarabangsa Imam Syafie di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, seminar berkenaan akan mengumpulkan ramai pakar Mazhab As- Syafie dari  Jordan, Yaman, Brunei dan Indonesia.

Kata beliau, sempena seminar berkenaan juga akan berlangsung juga sesi pembentangan oleh pakar tempatan.

“Seminar ini mengangkat tema Kelestarian Fiqh As-Syafie dalam Memacu Kecemerlangan Ummah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk mengenai pendekatan yang dibawa oleh Mazhab As-Syafie.

“Terdapat sembilan sesi pembentangan bagi mengupas tema seminar dalam pelbagai sudut seperti perkembangan Fiqh Syafie, serta pengaruhnya dalam pengeluaran fatwa dan kelestarian bagi mendepani isu semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran seminar berkenaan di BCCK di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Beliau berkata, seminar anjuran bersama oleh Jabatan Mufti Sarawak dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya akan bermula pada 17 Mei selama dua hari.

Tambah beliau, setakat ini hampir 1, 000 peserta telah mendaftar.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, penganjuran seminar berkenaan diyakini mampu memberi impak yang signifikan dalam dunia Islam terutama sudut penyelarasan fatwa dan mengharmonikan perbezaan pendapat yang sering menjadi isu.

“Kelestarian ini membawa kepada pengamalan Islam yang benar tanpa mewujudkan perpecahan masyarakat.

“Turut menjadi harapan penganjur agar masyarakat saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pandangan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan