Search
Close this search box.
Minggu Perpaduan 2023 bakal berlangsung di Kuching Waterfront dari 20 sehingga 28 Mei ini.

Orang ramai dijemput meriahkan Minggu Perpaduan 2023

ByBernama

KUCHING, 15 Mei: Berbaki kurang seminggu lagi untuk rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama menyemarakkan perpaduan dengan menyertai kemeriahan sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang bakal berlangsung dari 20 sehingga 28 Mei ini.

Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Perpaduan Faizal Yusop berkata pemilihan Tebingan Kuching, Sarawak sebagai lokasi sambutan peringkat nasional adalah tepat dengan mengambil kira kepelbagaian serta keunikan etnik yang terdapat di Bumi Kenyalang.

Antara aktiviti sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 bakal berlangsung di Kuching Waterfront dari 20 sehingga 28 Mei ini.

“Semasa sambutan itu nanti, yang paling menarik kita ada pameran Rumah Etnik. Kita akan bawakan beberapa wakil dari Sarawak dan Semenanjung untuk memperagakan pakaian dan makanan kaum masing-masing sepanjang tebingan sungai,” katanya semasa menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 hari ini.

Menurutnya, sambutan yang julung kali diadakan itu akan menjadi inisiatif tahunan kerajaan dalam memupuk aspirasi perpaduan nasional, selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

Katanya selain rumah etnik, program utama yang menjadi tumpuan sepanjang Minggu Perpaduan 2023 termasuk Unity Run and Ride, gerai jualan Rahmah, jualan produk usahawan serta pameran daripada agensi kerajaan.

Faizal berkata program itu turut dijalankan di 15 lokasi di seluruh negara pada 25 hingga 28 Mei antaranya Bertam Square, Pulau Pinang; Dewan Masyarakat Papar, Sabah; Dataran Tasik Kluang, Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.

“Oleh itu, kita mahukan penyertaaan rakyat Malaysia seramai yang mungkin untuk hadir memeriahkan Minggu Perpaduan ini yang berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial rasmi kami iaitu @KembaraPerpaduan di Facebook dan Instagram,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’,  objektif utama penganjuran Minggu Perpaduan adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebar pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat serta budaya dalam masyarakat Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijangka merasmikan majlis pembukaan sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat nasional di Tebingan Kuching, Sarawak pada 21 Mei ini.

Terdahulu, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan Jalan Gambir ke Jalan Main Bazar di hadapan Tebingan Kuching akan ditutup sementara sempena Sambutan Minggu Perpaduan bermula 15 hingga 26 Mei ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan