Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak sebelum ini menuntut agar tanah di sini yang tidak dimajukan agar dikembalikan kepada kerajaan negeri. Foto STB.

MA63: Tanah tidak dimajukan dikembalikan semula kepada Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU, 15 Mei: Tanah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak namun tidak dimajukan akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat perundingan Sekretariat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Baca artikel berkaitan >>> Sarawak mulakan langkah ambil tanah tidak dimajukan Kerajaan Persekutuan

Kata beliau, pengambilan semula itu meliputi tanah yang diambil dan dibayar pampasan namun tidak dimajukan dalam tempoh lima tahun.

“Pampasan akan dibayar mengikut kadar ditentukan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Lembaga Koko Malaysia dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Sebelum ini, Fadillah berkata, Sabah dan Sarawak berhasrat agar kesemua tanah itu dikembalikan semula supaya dapat dimajukan oleh kerajaan negeri.

Ia melibatkan tiga kawasan di Sarawak dan dua di Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan