Search
Close this search box.
Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Snowdan Lawan mengulangi seruan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membina negara yang lebih stabil, kukuh dan kuat.Foto TVS.

‘Lawan jadi kawan’ titik permulaan Malaysia baharu yang sebenar – Snowdan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Mei: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur semalam menjadi titik permulaan kepada Malaysia baharu dalam konteks yang sebenar, kata Datuk Snowdan Lawan.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu berkata, pertemuan melibatkan pemimpin 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan itu boleh disusuli dengan usaha untuk membina negara yang lebih kukuh dan seterusnya memanfaatkan rakyat.

“Pihak lawan sudah jadi kawan sekarang ini dan itu yang kita mahukan,” katanya ketika ditemui selepas hadir sesi pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Snowdan yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konvensyen berkenaan semalam yang turut dihadiri semua parti di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, Snowdan berkata, GPS mengulangi pendirian mereka bahawa pentingnya negara mempunyai kerajaan yang stabil.

“Itulah yang ditegaskan oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam malah beliau turut menekankan pembangunan yang sama rata.

“Kita tidak mahu kerajaan kerap bertukar kerana ini akan menganggu ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin berkata, GPS bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan pihak yang mengutamakan kesejahteraan rakyat terutamanya di Sarawak.

“Sebab itulah kita (GPS) memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan untuk memastikan semua perancangan kerajaan di Sarawak tidak terjejas,” katanya.

Pada konvensyen semalam, Abang Johari ketika menyampaikan ucapan turut menjelaskan GPS akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan dan seterusnya memainkan peranan bagi mengangkat martabat dan membangunkan Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan