Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri Majlis Apresiasi Lembaga Koko dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu di sini hari ini. Foto: Fadillah Yusof (Facebook)

Kestabilan politik Sarawak bawa pembangunan ketara – Fadillah

ByTVS

KOTA KINABALU, 15 Mei: Sarawak membuktikan kestabilan politik berupaya membawa kepada pembangunan ketara selepas pandemik COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata, berikutan kestabilan politik yang dinikmati di Sarawak, pemimpinnya boleh menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri dan seterusnya bergerak ke hadapan.

Menurutnya, Sarawak kini sedang membangunkan tenaga boleh diperbaharui malah telah mengeksport elektrik ke Kalimantan, Indonesia.

“Sarawak juga akan membekalkan elektrik ke Sabah apabila projek sambungan grid siap.

“Selain itu, Sarawak juga mengeluarkan hidrogen di samping melaksanakan ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Penghargaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Koko Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kesemua pencapaian itu tercetus hasil kestabilan politik di Sarawak.

“Kami (Sarawak) tidak berpolitik (sepanjang masa kerana memahami) perlunya kerajaan kuat dan stabil,” katanya.

Berhubung cadangan supaya setiap negeri memiliki syarikat penerbangan sendiri, Fadillah berkata, Sarawak telah mencetuskan idea ke arah perkara itu.

“Sarawak sudah ada formulanya untuk menggerakkan rakyatnya, ianya (syarikat penerbangan negeri) bukan berasaskan keuntungan tetapi lebih kepada tanggungjawab sosial korporat.

“Jika (penerbangan) itu hendak dikongsi bersama (dengan Sabah), ia lebih baik dan menjimatkan kos,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan