Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing melawat gerai makanan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Pelancongan di Putrajaya hari ini. Foto: Bernama

Kerajaan sedia beri kelulusan segera untuk penerbangan sewa khas ke Malaysia

ByBernama

PUTRAJAYA, 15 Mei: Kerajaan bersedia memberi kelulusan segera untuk perkhidmatan penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi menarik kedatangan pelancong, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini hari ini, Anwar berkata ia selaras dengan peranan kerajaan sebagai pemudah cara dalam urusan MOTAC untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

“Jadi soal soal teknikal dia (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing) sudah minta. Soal visa semua saya sudah bincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail).

Kalau peringkat awal ini, yang kita boleh segerakan ialah penerbangan sewa khas,” katanya.

Pada Februari lepas, Tiong menerusi hantaran di laman Facebook mencadangkan  syarikat penerbangan tempatan untuk membuat penyelidikan dan membangunkan penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi menarik dan memudahkan kedatangan pelancong ke negara ini.

Menyifatkan industri pelancongan sebagai penjana pendapatan utama negara, Anwar berkata kerajaan akan memberi pertimbangan kepada setiap strategi yang dicadangkan MOTAC.

“Apa sahaja tindakan yang sesuai itu, harus kita beri pertimbangan …boleh menyenangkan dan menarik minat pelancong ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tiong berkata untuk suku pertama tahun ini, seramai 4.38 juta pelancong luar telah memasuki negara dan daripada jumlah tersebut, 178,150 merupakan pelancong dari China. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan