Search
Close this search box.
Singapura mencatatkan suhu 37 darjah Celsius pada Sabtu (13 Mei) menyamai rekod untuk suhu maksimum tertinggi yang dilaporkan 40 tahun lalu. Foto: Reuters

Suhu di Singapura catat rekod 37 darjah celsius, tertinggi dalam tempoh 40 tahun

ByBernama

SINGAPURA, 14 Mei: Singapura mencatatkan suhu 37 darjah Celsius pada Sabtu (13 Mei) menyamai rekod untuk suhu maksimum tertinggi yang dilaporkan 40 tahun lalu.

“Suhu tertinggi 37.0 darjah Celsius, tahun paling panas setakat ini yang dicatatkan di Ang Mo Kio. Ini adalah suhu maksimum harian tertinggi bagi bulan Mei, melebihi paras tertinggi sebelum ini iaitu 36.7 darjah Celsius yang direkodkan di Admiralty tahun lepas.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Sembilan kawasan diramal alami cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius
  2. 2. Mukah, Bentong hadapi cuaca panas tahap satu – MetMalaysia
  3. 3. Cuaca panas tahap satu di Mukah, masyarakat dinasihat waspada strok haba

“Ia turut menyamai rekod 37 darjah Celsius yang kali terakhir direkodkan di Tengah pada 17 April 1983,” tulis Facebook rasmi Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) republik itu.

Menurut NEA, rekod suhu Singapura bermula pada 1929.

“Keadaan panas dan kering dijangka berterusan hari ini (14 Mei). Hujan sekejap-sekejap diramal  minggu depan yang boleh membantu mengurangkan suhu panas,” menurut NEA. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan