Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Badudun Aidilfitri anjuran Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching (JATI), di Dewan Sri Bunga Rampai, di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS).
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto: Zaim Zharfan (TVS).

Sarawak mahu tingkatkan kerjasama dengan Brunei, Indonesia

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 Mei: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dengan Brunei dan Indonesia, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, ini kerana langkah berkenaan boleh memanfaatkan Sarawak dalam beberapa bidang yang telah dikenal pasti.

Sarawak mahu tingkatkan kerjasama dengan Brunei, Indonesia.

Kata beliau, antara yang boleh dipacukan termasuk sektor pelancongan malahan beberapa pendekatan telah dilaksanakan.

“Ini termasuklah persetujuan untuk Sarawak membuat promosi industri pelancongan secara bersama dengan Brunei dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ziarah Aidilfitri anjuran Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching (JATI), di Dewan Sri Bunga Rampai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan dan Pengerusi Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching, Datu Dr Sanib Said.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, antara langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak ialah dengan menubuhkan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei (STATOB) yang dijangka akan beroperasi pada hujung tahun ini.

“Ianya bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perniagaan membabitkan Sarawak dengan Brunei dan seterusnya memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan