Search
Close this search box.
Projek pembangunan menyeluruh di Limbang dijangka siap sepenuhnya pada 2030 yang dijangka akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk. Foto TVS.

Projek pembangunan menyeluruh Limbang siap sepenuhnya pada 2030 – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 14 Mei: Perlaksanaan pelbagai projek pembangunan di sini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2030, kata Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, ini termasuklah projek rangkaian jalan raya, Tebingan Sungai Limbang serta penyambungan elektrik.

Kata Abdul Rahman, selepas projek – projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan itu siap kelak, ianya dijangka akan memacu aktiviti perindustrian di kawasan berkenaan.

“Pada masa ini, pelbagai inisiatif termasuk pembinaan rangkaian jalan raya yang menyeluruh bagi menghubungkan Limbang dengan bahagian lain di Sarawak juga sedang dilaksanakan.

“Ini termasuk Projek Lebuh Raya Trans Borneo, Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) serta Lebuh Raya Pesisir Utara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) dan Purnama Sport Carnival (PURSCAR) di Dewan Suarah di sini malam tadi.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang, Awang Nazri Awang Saperi dan pengerusi program, Mohammad Syamil Jumain.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, projek penyambungan Limbang dan Lawas kepada grid elektrik negeri dijangka siap pada 2024.

Dr Abdul Rahman memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) dan Purnama Sport Carnival (PURSCAR). Foto: TVS

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat di Limbang supaya merebut peluang untuk meningkatkan kemampuan diri dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan selaras dengan kerancakan pembangunan di sini.

“Inilah masa depan Limbang yang sangat baik dan terpulang kepada kita untuk merebut peluang-peluang yang ada,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan