Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, (empat,kiri) bergambar bersama Anuar Manan pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Samarahan Bike Challenge 2023 hari ini. Foto TVS.

Kejohanan berbasikal amatur medan cungkil atlet pelapis

ByTVS

KOTA SAMARAHAN, 14 Mei: Penganjuran kejohanan berbasikal amatur dilihat berupaya untuk mengetengahkan potensi atlet baharu dalam sukan berkenaan.

Bekas jaguh berbasikal lebuh raya negara, Anuar Manan berkata, ini kerana kebanyakan pelumba-pelumba berbasikal elit negara digilap bakat mereka menerusi penganjuran kejohanan sedemikian.

Katanya sambutan yang diberikan terhadap kejohanan berbasikal separa profesional juga dilihat memberi petanda bahawa negara tidak ketandusan bakat baharu.

“Namun ianya masih memerlukan pendedahan serta pembangunan yang menyeluruh.

“Buat masa sekarang, kita belum nampak hasilnya namun bagi jangka masa panjang, kita boleh melahirkan atlet serta pasukan lumba basikal bertaraf antarabangsa seperti Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang sebenarnya dibentuk pada pentas Sukan Malaysia (SUKMA),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Kejohanan Samarahan Challenge di sini hari ini.

Anuar membuktikan kayuhannya masih berbisa apabila memenangi dua kategori iaitu elita dan master lelaki.

Hadir pada majlis penyampaian hadiah kejohanan itu ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.

Mengulas mengenai kejayaan pelumba Malaysia, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2023 dalam acara lebuh raya individu lelaki, Anuar berkata, pencapaian itu membuktikan Malaysia mempunyai ramai bakat baharu dalam sukan itu.

Bagaimanapun kata beliau, bagi melonjakkan lagi potensi atlet di peringkat antarabangsa, kerjasama erat membabitkan Majlis Sukan Negeri (MSN), persatuan serta kelab – kelab berbasikal di seluruh negara sangat dituntut.

“Amirul sudah boleh dikategorikan sebagai pelumba elit, jadi mungkin dia boleh bantu ketengahkan lebih ramai pelumba berbakat sepertinya yang berada dalam TSG,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan