Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian ketika menyempurnakan pelancaran Kuching Car Free Morning anjuran MBKS di Kuching hari ini. Foto: TVS

Jangan abai langkah keselamatan hadapi rabies – Dr. Sim

KUCHING, 14 Mei: Sikap kurang berjaga-jaga merupakan antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada kematian akibat wabak rabies di Sarawak, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, keadaan ini berbeza ketika kes pertama direkodkan pada 2017 apabila orang ramai mengambil langkah berjaga – jaga termasuk memvaksin haiwan peliharaan mereka.

Baca artikel berkaitan >>>>> Satu lagi kematian akibat rabies di Sarawak

Namun katanya, selepas lebih lima tahun, sikap itu mula ‘berubah’ apabila mengabaikan langkah pencegahan.

“Rabies masih wujud sejak 2017, (oleh itu) jangan longgarkan kawalan, anjing perlu divaksin pada setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kuching Car Free Morning di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini hari ini.

Sementara itu Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak masih menyediakan vaksinasi untuk pemilik haiwan peliharaan.

“Anda mesti memvaksin anjing, tidak boleh menunggu kerajaan memberi vaksin kepada anjing peliharaan anda.

“Jika anda sakit, adakah anda mengharapkan doktor datang ke rumah anda,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan bermesyuarat bagi membincangkan isu berkenaan dalam tempoh terdekat.

Sarawak merekodkan 11 kes rabies setakat April tahun ini dengan sembilan kematian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan