Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Notis pemakluman penutupan jalan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 peringkat Kebangsaan. Foto: UKAS

Jalan Gambir, Main Bazar ditutup sempena Sambutan Minggu Perpaduan

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Jalan Gambir ke Jalan Main Bazar di hadapan Tebingan Sungai Kuching akan ditutup sementara sempena Sambutan Minggu Perpaduan.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), penutupan itu bermula pada 15 hingga 26 Mei ini.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Sambutan Minggu Perpaduan Negara dijangka berlangsung pada Mei
  2. 2. Kerajaan anjur Minggu Perpaduan di Sarawak Mei ini

Sebelum ini, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sambutan berskala besar itu akan berlangsung sebelum sambutan Hari Gawai pada 1 Jun dan kemudiannya akan diteruskan di seluruh negara.

Sambutan itu turut mempamerkan pelbagai program yang dilaksanakan menerusi tiga kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Program Komuniti Rahmah dan Semarak Perpaduan.

Minggu Perpaduan Negara juga berlandaskan tema Perpaduan Dalam Kepelbagaian akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti ekspresi kasih, persahabatan dan persaudaraan yang akan memperkukuh semangat perpaduan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijangka akan merasmikan majlis pembukaan sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat nasional yang dijadual berlangsung di Tebingan Kuching pada 21 Mei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan