Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng ketika reruai usahawan tempatan pada Program Heritage Food Festival di sini, hari ini. Foto: TVS

Heritage Food Festival ketengah produk usahawan Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 14 Mei: Heritage Food Festival yang berlangsung selama dua hari bermula semalam merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan produk usahawan tempatan terutamanya makanan dan pelancongan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, program anjuran Warisan Kulinari dan Persatuan Kesenian Sarawak (CHASS) itu bertepatan dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi sebagai Bandar Raya Kreatif.

Kata beliau, Kuching sudah dikenali sebagai syurga makanan dan penglibatan usahawan tempatan dalam memberikan pendedahan yang lebih meluas tentang keunikan terdapat di sini sangat diperlukan.

“Usahawan juga digalak untuk berkongsi idea tentang bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh membantu mempromosikan produk pelancongan.

“Usahawan boleh mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa CHASS kerana kami mahu membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai,” katanya.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng ketika berucap pada Penutupan Heritage Food Festival di sini, hari ini. Foto: TVS

Hong Seng berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan program berkenaan bersemperna Karnival Perayaan Gawai di sini, hari ini.

Karnival yang kembali dianjurkan selepas tiga tahun susulan pandemik COVID-19 itu merupakan edisi keempat bagi mempromosikan makanan dan kraf warisan Sarawak.

Karnival itu juga turut disi dengan pelbagai acara menarik termasuk demonstrasi masakan secara langsung, persampelan percuma, tarian, persembahan jazz, hiburan serta pertandingan koktel tuak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan