Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto: TVS

Geng Perpaduan ditubuhkan, cari titik persamaan bangunkan Malaysia – Fadillah

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Pelancaran Geng Perpaduan sempena Konvesyen Nasional Kerajaan Perpaduan merupakan komitmen jelas untuk membawa agenda perpaduan ke seluruh negara, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, penubuhan itu tepat pada masanya kerana perpaduan merupakan asas kekuatan sebuah negara.

Geng Perpaduan ditubuh, cari titik persamaan.

“Perpaduan diperkukuhkan bukan sahaja di kalangan parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan sebaliknya melibatkan semua lapisan masyarakat, politik, perniagaan dan sosial.

“Jika kita dapat bersatu, yang lain (pelabur) akan datang dan (seterusnya menyumbang kepada) membina negara bangsa yang lebih kukuh, harmoni dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Konvesyen berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dan akan turut dihadiri oleh pemimpin utama parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga dijangka akan menyampai ucapan menerusi slot Madani: Mengangkat Agenda Rakyat pada petang ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada penubuhan Geng Perpaduan mampu menyelesaikan perbezaan politik yang wujud, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, usaha perlu difokuskan untuk mencari titik persamaan dan bukan sebaliknya.

“Contohnya cari persamaan yang boleh memperkukuh perpaduan di kalangan rakyat kita, persamaan yang untuk mengangkat kehidupan rakyat dan termasuklah menggerakkan ekonomi negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan