Search
Close this search box.
Mayat dua remaja lelaki yang lemas selepas dibawa arus di Sungai Rajang berhampiran Wharf pekan Durin ditemukan pagi ini. Foto: JBPM Zon 4 Sibu

Dua remaja lemas di Sungai Rajang ditemukan

ByTVS

SIBU, 14 Mei: Mayat dua remaja lelaki yang lemas selepas dibawa arus di Sungai Rajang berhampiran Wharf Pekan Durin ditemukan pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba 1 Andy Alie berkata, pihaknya dimaklumkan yang kedua-dua mayat itu ditemukan oleh orang awam kira-kira enam kilometer (km) dari tempat kejadian.

Baca artikel berkaitan >>>>> Dua remaja dikhuatiri lemas dibawa arus Sungai Rajang

“Mangsa pertama iaitu Justin Siaw Yang Hao, 15, ditemui pada pukul 7.35 pagi manakala Kong Wei Seng ditemui 35 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa lemas diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto: JBPM Zon 4 Sibu

Katanya, pengecaman telah dilakukan oleh keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga ditamatkan pada pukul 9.55 pagi tadi.

Pada 12 Mei lalu, tiga remaja lelaki termasuk kedua-dua mangsa dikatakan sedang mandi di tebing sungai itu pada pukul 4 petang.

Kegembiraan itu bertukar cemas apabila Yang Hao dan Wei Seng tiba-tiba dibawa arus sungai manakala seorang lagi rakan mereka yang cuba menyelamatkan mereka nyaris lemas namun berjaya diselamatkan oleh kakaknya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan