Search
Close this search box.
Seorang anggota APM cedera selepas diserang seekor anjing ketika bertugas di Jalan Kuching - Bau malam tadi. Foto APM Sarawak.

Anggota APM Sarawak cedera diserang anjing ketika bertugas

BySalasiah Safian

KUCHING, 14 Mei: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cedera digigit oleh seekor anjing ketika bertugas malam tadi.

Menurut APM Sarawak, akibat serangan itu, petugas berkenaan mengalami kecederaan di bahagian lengan.

Jelas APM, ketika kejadian di Jalan Kuching – Bau pada pukul 10.45 malam itu, anggota berkenaan sedang membantu seorang wanita yang mengadu sakit pada bahagian perut.

“Secara tiba – tiba muncul seekor anjing dari arah belakang mangsa yang bertindak agresif apabila menyerang serta menggigitnya,” kata APM Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Baca berita berkaitan:

  1. 1. Kerajaan Sarawak akan mewajibkan vaksinasi anti-rabies – Rundi
  2. 2. Satu lagi kematian akibat rabies di Sarawak
  3. 3. Vaksin anjing peliharaan setahun sekali, bendung wabak rabies – Dr Sim

Susulan itu, anggota berkenaan mengalami luka pada bahagian lengan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan