Search
Close this search box.
Lapan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak yang baharu dilantik. Foto: TVS

Lapan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak angkat sumpah hari ini

ByFebbright James

KUCHING, 12 Mei: Lapan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak mengangkat sumpah di hadapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pada Jumaat.

Mereka terdiri daripada Maurice Joannes Giri (PBB), Roseline Mapong Sabai (PBB), Bell Aggan @ Bell Bernard Aggan (PBB), Kho Teck Wan (SUPP), Kua Jack Seng (SUPP), Angellie Stephen Raja (SUPP) Roseline Neging (PRS) dan Pandang Semat (PRS).

Tujuh daripadanya merupakan lantikan baharu manakala seorang lantikan semula iaitu Maurice Joannes Giri.

Menurut Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis tersebut, optimis barisan yang baharu dilantik ini bersedia memikul amanah dalam membantu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan agenda pembangunan negeri.

“Kita akan dapat berkerjasama erat dengan Setiausaha Politik ini untuk kita membantu Premier Sarawak untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada rakyat serta menjadi mata dan telinga untuk mendengar maklum balas daripada akar umbi untuk kita sampaikan kepada pimpinan dan agensi kita.

“Saya yakin mereka dapat melaksanakan tanggunjawab dan amanah dengan baik,” katanya ketika ditemui TVS selepas selesai majlis angkat sumpah di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan