Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom. Foto: Muhammad Raffiq (TVS)

Kerajaan Sarawak akan mewajibkan vaksinasi anti-rabies – Rundi

ByYusuf Shukri

KUCHING, 12 Mei: Sarawak bercadang untuk melaksanakan polisi pemilik akan dikenakan denda sekiranya anjing peliharaan mereka tidak di vaksinasi anti-rabies.

Perkara itu menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom mengambil kira berhubung peningkatan trend rabies di Sarawak pada tahun ini berbanding kes yang direkodkan tahun 2022.

“Kami di kementerian memandang hal ini dengan serius dan sedang meniliti keperluan untuk menetapkan syarat penyuntikan anjing peliharaan dalam undang-undang kita untuk mencegah kes kematian daripada terus berlaku.

“Sementara perbincangan dilakukan, saya berharap semua pemilik anjing akan memberi suntikan kepada anjing peliharaan mereka.

“Bagi anjing-anjing liar, pihak majilis perbandaran akan memandulkan anjing-anjing ini supaya mereka tidak membiak,” kata Rundi ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini, pada Jumaat.

Rundi yang baru sahaja kembali ke Sarawak daripada lawatan kerja di Indonesia turut berkata, kerajaan Indonesia juga akan menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menangani masalah rabies mereka seperti pasukan ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) di Sarawak.

“Rabies adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia.

“Melihat keadaan ini, kita akan mengadakan Persidangan Rabies Asia Pasifik di Kuching dan perinciannya saya akan umumkan tidak lama lagi, termasuklah keadaan terkini berkenaan perkembangan rabies di Sarawak,” jelasnya.

Dalam masa sama, Rundi mengingatkan kepada orang ramai untuk menjauhi anjing yang kelihatan agresif dan bermata merah.

“Jika digigit, dapatkan rawatan segera kerana rabies boleh dirawat jika ia ditangani dengan segera dengan tiga suntikan anti-rabies,” ujarnya.

Sekiranya simptom sudah muncul pada individu, Rundi berkata peluang untuk hidup sangat tipis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan