Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan bantuan kepada penerima Majlis Sejambak Kasih Gawai 2023 di Hotel Dynasty, Miri pada hari ini. Foto: TVS.

Kemarau, KMKK hubungi JPBD sekiranya kawasan terputus bekalan air – Fatimah

MIRI, 12 Mei: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di sini diingatkan agar segera memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah (JPBD) sekiranya kawasan setempat terputus bekalan air ketika musim kemarau ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ini kerana sesetengah kawasan di daerah ini bergantung dengan tadahan tangki air hujan bagi masyarakatnya melangsungkan kehidupan seharian.

Hubungi jawatankuasa bencana untuk tindakan lanjut

“Pada musim kemarau ini, saya ingin kongsikan bahawa ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mangsa kemarau bagi membantu kawasan yang terputus bekalan air disebabkan hujan tidak turun, kawasan yang biasa bergantung dengan tadahan air hujan dan tangki kering. KMKK perlu memaklumkan mangsa kemarau kepada Jawatankuasa Pengurusan Becana Peringkat Bahagian.

“Pengerusi JPBD dipengerusikan oleh Residen. Jadi KMKK mesti selalu berhubung dengan pihak Pejabat Residen atau Daerah jika memerlukan bantuan,” katanya demikian pada Majlis Sejambak Kasih Gawai 2023 di Hotel Dynasty, Miri di sini, hari ini.

Sesi bergambar Dato Sri Fatimah Abdullah bersama dengan tetamu dan penganjur Majlis Sejambak Kasih Gawai 2023 di Hotel Dynasty, Miri pada hari ini. Foto: TVS.

Selain bantuan berbentuk dua kotak air minuman 1.5 liter dengan 24 botol untuk seorang sebagai bantuan seminggu, Fatimah berkata stok air minuman akan ditempatkan di pangkalan hadapan agar ia dapat disalurkan segera kepada penduduk di kawasan yang terputus bekalan air.

Dalam pada itu, Fatimah juga mengingatkan KMKK untuk segera menghubungi  JPBD sekiranya berlaku kebakaran di kawasan masing-maisng.

“Jadi saya minta KMKK selalu berhubung dengan pihakJPBD sekiranya jika berlakunya kebakaran kerana terdapat bantuan membina kediaman baharu iaitu bantuan bahan binaan berjumlah RM5,000,” jelasnya.

Sebagai ingatan bersama, Fatimah menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil langkah 3L seperti saranan pihak bomba iaitu “Jangan Lalai, Jangan Leka dan Jangan Lupa” bagi mengelakkan kebakaran dari berlaku.

Terdahulu, majlis menyaksikan seramai 100 penerima bantuan daripada 1,565 orang di Bahagian Miri hadir untuk menerima bantuan hari Gawai Dayak hari ini.

Bantuan berupa wang tunai bernilai RM100 dan hamper bernilai RM150, manakala 1,465 penerima pula dikreditkan RM100 ke dalam akaun masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan