Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (lima dari kanan) hadir pada Majlis Penyerahan Stesen Hibrid Suria Long San hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Stesen Solar Long San pacu hasrat Sarawak capai 100 peratus liputan elektrik – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 11 Mei: Sarawak berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 100 peratus liputan bekalan elektrik menjelang 2025 dengan terbinanya Stesen Hibrid Suria Long San di Baram, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, stesen tersebut merupakan stesen hibrid solar pertama di Sarawak yang menggunakan bateri Litium-Ion.

Sarawak miliki stesen hibrid solar

Kata beliau, sistem berkenaan dapat mengoptimumkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api diesel.

“Ini seterusnya membolehkan perkhidmatan asas seperti fasiliti penjagaan kesihatan dan pendidikan di kawasan pedalaman di Sarawak dapat beroperasi dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan stesen itu daripada Shanghai Electric Power Transmission and Distribution Group of China (Shanghai Electric) kepada syarikat milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB).

Baca artikel berkaitan > > > Sarawak perlukan 10 ribu teknologis dan juruteknik – Abang Johari

Yang turut hadir, Menteri Utiliti an Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Presiden Shanghai Electric, Xiao Wei Hua, Konsul Jeneral China di Kuching, Xing Weiping dan Pengerusi SEB, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Sementara itu Abang Johari turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus mengambil langkah bagi merapatkan jurang antara komuniti luar bandar dan bandar.

Kata beliau stesen berkenaan merupakan contoh kepada perlaksanaan komitmen kerajaan negeri yang diyakini akan membantu memacukan lagi pertumbuhan kawasan luar bandar.

“Kerajaan Sarawak berhasrat untuk berkongsi manfaat ini dengan rakyat Sarawak di semua kawasan, tidak kira betapa terpencilnya mereka,” jelasnya.

Stesen Hibrid Solar Long San telah disumbangkan oleh Shanghai Electric, meliputi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan 350kWp panel PV solar, 7 rak bateri dan sistem kawalan dan penukar elektronik yang berkaitan.

Projek ini telah bermula pada Januari 2021 dan siap pada April 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan