Search
Close this search box.
Foto hiasan: Envato

Satu lagi kematian akibat rabies di Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Mei: Seorang lelaki di bandar raya ini menjadi korban terbaharu akibat jangkitan wabak rabies.

Angka itu menjadikan jumlah yang maut akibat wabak berkenaan di Sarawak meningkat kepada sembilan orang pada tahun ini.

Satu lagi kematian akibat rabies dikesan di Sarawak

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, mangsa, Jackery Jero, 50, dari Kampung Bumbok digigit anjing pada 3 April lepas di bahagian tangan kiri.

Kata beliau, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di klinik dan sehari selepas itu menerima vaskin wabak berkenaan di Hospital Umum Sarawak.

Baca artikel berkaitan > > > Segera cuci luka jika digigit anjing

“Mangsa mula mengalami demam panas yang teruk pada 25 hingga 27 April dan kesihatan mulai merosot sehingga tidak dapat berjalan pada 1 Mei sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” katanya kepada TVS.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian mengesahkan sepanjang tahun ini, sebanyak 11 kes rabies direkodkan di Sarawak dengan lapan kematian sehingga bulan lepas.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, pada tahun lepas sebanyak 14 kes direkodkan dengan 11 kematian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan