Search
Close this search box.
Premier Sarawak rambau
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) melancarkan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di Muzium Budaya Borneo di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak perlukan 10 ribu teknologis dan juruteknik – Abang Johari

ByYusuf Shukri

KUCHING, 11 Mei: Sarawak memerlukan 10,000 teknologis dan juruteknik untuk mengisi bidang pekerjaan yang boleh menjayakan agenda transformasi digitalnya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, setakat ini jumlah itu masih jauh untuk dicapai memandangkan statistik menunjukkan wilayah ini hanya mempunyai seramai 3,291 orang teknologis dan juruteknik.

10,000 teknologis untuk jayakan IR 5.0 Sarawak

Kata Abang Johari, tenaga kerja mahir sektor berkenaan perlu bagi merealisasikan visi Sarawak Maju 2030.

“Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,961 orang merupakan graduan teknologis, 722 teknologis profesional, 461 juruteknik berkelayakan dan 147 juruteknik yang telah mendapat sijil.

“Oleh itu kita masih memerlukan lebih 6,000 orang teknologis untuk memenuhi transformasi digital Sarawak menjelang 2025 kerana ini berkait rapat dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan kita kepada RM282 billion menjelang 2030,” katanya.

Baca artikel berkaitan > > > Stesen Solar Long San pacu hasrat Sarawak capai 100 peratus liputan elektrik – Abang Johari

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di Muzium Budaya Borneo di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MBOT, Datuk Ts. Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir dan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sarawak perlukan 10,000 pakar teknologi dan juruteknik

Pada majlis itu juga, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran Perjanjian Persefahaman (MoU) antara MTOB dan lapan ahli panel pakar teknologi termasuk Wawasan Open University, Sarawak Skills, i-CATS University College, SDEC, CENTEXS, Swinburne University, Mega Aerospace Sdn. Bhd. dan Alliance MEP (Sarawak) Sdn. Bhd.

Sementara itu, Abang Johari berkata, bagi mencapai sasaran peningkatan pendapatan, Kerajaan Sarawak perlu memastikan supaya kadar pertumbuhan tahunan negeri mencapai sekurang-kurangnya lapan peratus bagi tempoh tujuh tahun akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan