Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis SAMArindok Aidilfitri anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) malam ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Produk Sarawak menonjol di Minggu Kraf London 2023 – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Mei: Produk kraf Sarawak berjaya menarik perhatian pengunjung pada Minggu Kraf London (LCW) 2023 yang sedang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK) kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, beliau melihat sambutan hangat yang diberikan malah baharu sahaja kembali ke tanah air selepas menghadiri acara itu.

Ujar beliau, antara produk yang menonjol dalam pameran tersebut ialah kain songket dan keringkam.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika perasmian pada majlis SAMArindok Aidilfitri anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) malam ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

“Yang mengagumkan kita ialah para pembesar yang menghadiri pertabalan Raja Charles III juga berkesempatan melawat LCW 2023.

“Antara yang hadir termasuk raja-raja tetapi yang sangat kagum melihat pameran produk kraf Sarawak ialah Raja dan Permaisuri Bhutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan SAMArindok Aidilfitri Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. LCW 2023 platform ketengah warisan kemahiran dan kraf Malaysia di mata dunia
  2. 2. Reruai seni dan kraf Sarawak di London tarik perhatian Agong dan Raja Bhutan
  3. 3. Platform e-dagang SARAtage dilancar di London
  4. 4. Premier Sarawak saksi pelancaran pameran kraf Malaysia di London
  5. 5. Hasil tenunan Penjara Puncak Borneo terbang ke London

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani TunTuanku Bujang dan Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Naroden Majais.

Sementara itu, Abang Johari turut menekankan, apabila sebuah komuniti memiliki seni budaya yang sangat halus serta boleh mempengaruhi tamadun manusia, ia perlu dipertahankan.

“Songket keringkam pua kumbu mencerminkan perpaduan masyarakat Bumiputera yang terdapat di negeri ini.

“Oleh itu menjadi tanggungjawab generasi kini untuk memperbaiki keadaan membabitkan aspek budaya di samping kedudukan status ekonomi bangsa kita,” tambah beliau.

Menurutnya, platform media massa yang ada perlu digunakan sebaiknya dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai, khususnya mengenai sejarah yang menjadi akar bagi mencorak masa hadapan.

“Sarawak merupakan negeri tunggal di Malaysia yang memiliki stesen televisyen sendiri, justeru gunakanlah saluran ini untuk memberi peringatan kepada generasi kita mengenai sejarah silam yang menjadi asas untuk kita mengejar masa hadapan,” kata beliau.

SAMArindok Aidilfitri anjuran AKYBMS merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat Melayu dalam satu acara.

Sambutannya pada tahun ini yang bertemakan “Sama Berambeh, Sama Beringgo, Sama Badudun” menyaksikan kehadiran seramai lebih 1,000 orang masyarakat Melayu Sarawak yang terdiri daripada tokoh kenamaan, pemimpin politik, pimpinan kerajaan, ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan, ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan