Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mewakili Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain bersama peserta Bengkel Penambahbaikan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran 2023, di sini, hari ini. Foto: Odleen Catherny (TVS).

Perkenalkan strategi khusus bagi menggembleng kesedaran pengurusan sisa pepejal

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Mei: Strategi khusus berhubung pengurusan sisa pepejal perlu diperkenalkan sebagai usaha memperhebat kesedaran kelestarian dalam kawasan bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata peranan pihak berkuasa dalam menggembleng usaha mewujudkan strategi khas itu penting dalam menyokong Ekonomi Sirkular seperti yang disaran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru itu beliau memuji pendekatan bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd yang menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran 2023, pada Khamis.

“Saya difahamkan bengkel yang akan berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk memperkenalkan strategi yang dapat memberikan panduan khusus kepada semua pihak mengenai pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan, efektif, lestari, cekap dan sistematik.

“Saya percaya dengan pendekatan terbaik melalui panduan khusus dalam menguruskan sisa pepejal ini haruslah bermula daripada sikap dan tahap kesedaran warga kota Kuching yang menjadi sumber asal kepada masalah ini.

“Dengan adanya strategi yang baru, pihak berkuasa dapat melaksanakan atau mengadakan kempen-kempen kesedaran dalam konteks mendidik dan memberikan informasi yang penting kepada seluruh warga kota,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmiannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, di sini, hari ini.

Bengkel tersebut menurutnya memberi fokus kepada pewujudan sistem pengurusan sistematik sekali gus menaiktaraf kualiti kebersihan bandar ke tahap yang optimum.

Dr Sim menyeru semua pihak untuk memberi komitmen yang tinggi dalam menambah baik pengurusan sisa pepejal agar Kuching mencapai kualiti sebagai bandar raya mampan, lestari dan menjadi bandar contoh dari aspek kebersihan.

Dalam pada itu beliau berkata bengkel tersebut akan menjadi pendekatan terbaik kepada Ekonomi Sirkular sebagai asas kepada penambahbaikan pengurusan sisa pepejal perbandaran sejajar saranan Premier Sarawak.

“Premier Sarawak menyarankan agar usahawan Bumiputera di negeri ini untuk melibatkan diri dalam ekonomi baharu iaitu Ekonomi Sirkular.

“Ekonomi ini banyak memberikan kesan positif dalam pembangunan ekonomi contohnya seperti menghasilkan makanan haiwan ternakan seperti ayam dan ikan daripada sisa kelapa sawit,” katanya.

Tambahnya menerusi ekonomi itu juga Sarawak dapat memberi tumpuan lebih kepada kelestarian alam sekitar serta mengurangkan pembaziran yang secara langsung meningkatkan lagi usaha sistem kitar semula dalam kalangan warga kota.

Bengkel Penambahbaikan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran 2023 berlangsung dua hari bermula hari ini dan esok, 12 Mei.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan