Search
Close this search box.
Pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pusat urut di bandar raya ini hari ini. Foto: TVS

Isteri buat aduan, tiga penjawat awam ditahan khalwat di pusat urut

ByTVS

GEORGE TOWN, 11 Mei: Tindakan tiga penjawat awam ‘ponteng’ waktu bekerja untuk mengunjungi pusat urutan menerima padah apabila mereka ditahan pada operasi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di bandar raya ini hari ini.

Mereka antara empat lelaki berusia antara 30 hingga 45 tahun yang ditahan selepas didapati berkhalwat dengan wanita yang menawarkan perhidmatan urutan dan seks.

Dua daripadanya merupakan petugas badan beruniform yang berkunjung ke pusat urutan terbabit pada waktu bekerja.

Turut ditahan adalah seorang wanita yang disyaki menawarkan perkhidmatan urutan seks pada Ops Noda yang menyasarkan 10 lokasi di bandar raya ini dan di Butterworth.

Ketua Unit Operasi bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd. Azizon Noordin berkata, pihaknya menerima aduan daripada para isteri yang mendakwa suami mereka terlibat kegiatan tersebut selain melakukan risikan sebelum serbuan dilakukan.

“Ada antara penjawat awam yang ditahan itu meninggalkan pejabat semasa waktu bekerja semata-mata untuk mendapatkan khidmat seks.

“Mereka beri alasan mendapatkan khidmat itu untuk menghilang kepenatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Mohd. Azizon, operasi berkenaan dilakukan pada sebelah petang selepas pihaknya mendapati ada dalam kalangan lelaki hidung belang yang memilih bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut pada waktu bekerja.

Kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke pejabat JHEAIPP di sini untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahn Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan