Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada Rabu. Foto: Anwar Ibrahim (FB).

Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin ASEAN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala.

Anwar dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan menyampaikan hasrat untuk  melihat  keterlibatan Bandar Seri Begawan dalam Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) tahun ini di mana Putrajaya menjadi tuan rumah.

“Selain itu, diskusi juga terarah kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara,” katanya.

Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan menyatakan keterbukaan Malaysia menerima kehadiran delegasi mereka ke Putrajaya sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Anwar tiba di Indonesia hadiri Sidang Kemuncak ASEAN
  2. 2. Anwar hadir pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN
  3. 3. PM Anwar ulangi gesaan penubuhan Dana Monetari Asia

Perbincangan turut menyentuh mengenai bidang pelaburan selain berharap agar isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat ditangani dengan tegas.

“Dalam sidang kemuncak kali ini juga, saya sempat mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Laos, Sonexay Siphandone dan kami sepakat untuk lebih bekerjasama dalam bidang perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan serta industri agrikultur.

Arakian, saya juga mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Timor Leste, Taur Matan Ruak dan saya mengulangi sokongan penuh berkaitan permohonan republik itu dalam keanggotaan keluarga ASEAN,” katanya.

Anwar berkata perbincangan bersama Perdana Menteri Timor Leste itu juga menyentuh keperluan meningkatkan peluang kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, agrikultur dan bidang pembuatan makanan yang menuntut kebersamaan serta komitmen berterusan kedua-dua negara.

Perdana Menteri dan pemimpin ASEAN lain menghadiri sidang kemuncak yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama kepada perkumpulan serantau tersebut.

Sebanyak lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan