Search
Close this search box.
Suci Wulandari dari Indonesia dan Norsyakirah Binti Muksin dari Malaysia beraksi dalam acara silat kategori bawah 45 kilogram (kg) Putri hari ini. Foto: Reuters.

Sukan SEA: Skuad silat negara sumbang tiga pingat emas

ByBernama

PHNOM PENH, 10 Mei: Kem pencak silat menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan tiga pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini hari ini.

Turun ke gelanggang sebagai pesilat pertama Malaysia dalam aksi final pagi tadi, Norsyakirah Muksin tidak mengecewakan apabila menghadiahkan emas sulung dalam kategori bawah 45 kilogram (kg) Putri selepas menumpaskan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33.

Skuad silat kebangsaan meraih emas kedua menerusi Nor Farah Mazlan setelah lawannya dari Singapura Nadhrah Sahrin dibatalkan penyertaan selepas melanggar peraturan pertandingan ketika pesilat negara kelahiran Sabah itu sedang mendahului 23-16 dalam kategori 45-50kg Putri.

Muhammad Izzul Irfan Marzuki pula berjaya meraih pingat emas ketiga Malaysia setelah menumpaskan wakil dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33 dalam kategori 60-65kg Putra.

Dalam pada itu, dua pesilat Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tumpas kepada lawan masing-masing dalam pertarungan peringkat akhir itu.

Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman terpaksa akur dengan kehebatan pesilat Indonesia Iqbal Candra Pratama apabila tumpas 9-53 bagi kategori 70-75kg Putra.

Sementara, Siti Shazwana Ajak tumpas kepada Atifa Fismawati dari Indonesia 35-38 dalam kategori 60-65kg Putri.

Kontinjen negara berpeluang menambah koleksi pingat emas apabila seorang lagi wakil Malaysia Muhammad Robial Sobri akan membuat perhitungan berdepan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin dari Singapura pada petang ini bagi kategori 85-90kg Putra. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan