Search
Close this search box.
Pemenang pingat emas Malaysia, Grace Wong Xiu Mei semasa upacara pingat baling tukul besi wanita pada Sukan SEA 2023 pada 8 Mei. Foto: Reuters

Sukan SEA: Latihan dua bulan di China membuahkan hasil, kata Grace

ByConnie Grace

KUCHING, 10 Mei: Latihan selama dua bulan di China membuahkan hasil kepada atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong apabila berjaya menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara pada Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Grace, 23, yang berasal dari Sarikei mengakui dia tidak menyangka yang kemenangan berpihak kepadanya kali ini.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Kejayaan Grace Wong kebanggaan Sarikei
  2. 2. Emas ini untuk seluruh rakyat Malaysia – Grace Wong
  3. 3. Sukan SEA: Atlet kelahiran Sarikei, Grace raih kejayaan berganda

“Saya rasa tidak percaya kerana latihan dua bulan di China amat meletihkan namun membuahkan hasil.

“Walaupun jauh dari keluarga tetapi saya bersyukur kerana mempunyai jurulatih yang sangat menyokong,” katanya kepada TVS hari ini.

Latihan dua bulan di China membuahkan hasil

Grace Wong, telah memecahkan rekod kejohanan apabila melakukan balingan 61.87 meter pada pusingan keempat sekali gus gagal dicabar lima peserta lain.

Pelajar jurusan perakaunan itu menambah, dia bersedia untuk ke pertandingan seterusnya iaitu Sukan Universiti Dunia 2023 di Chengdu, China, pada Julai depan.

“Sekarang saya masih belajar di Kolej Vision, Selangor.

“Sebelum membuat persediaan untuk kejohanan di China, Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengeluarkan surat kepada pihak kolej berhubung program latihan yang perlu saya ikuti,” ujarnya.

Ditanya tentang inspirasinya dalam bidang sukan, Grace memberitahu, dia ingin meneruskan legasi bapa saudaranya iaitu Wong Tee Kui, yang merupakan jaguh sukan olahraga pada era 90-an.

“Bapa saudara sebenarnya pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA bagi acara tukul besi malah pernah tiga kali memenangi pingat emas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan