Search
Close this search box.
Atlet Wushu negara Tan Cheong Min ketika beraksi pada acara Nanquan wanita sempena Sukan SEA 2023 di Pusat Konveksyen Chroy Changvar pada 10 Mei. Cheong Min mendapat mata keseluruhan 9.626. Foto: Bernama

Sukan SEA: Cheong Min tepati ramalan sumbang emas pertama kem wushu

ByBernama

PHNOM PENH, 10 Mei: Seperti dijangka, atlet wushu kebangsaan Tan Cheong Min menghadiahkan pingat emas sulung kem wushu negara pada temasya Sukan SEA 2023 di sini hari ini.

Pada final acara Nanquan wanita yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, juara dunia 2019 itu yang kali pertama beraksi pada Sukan SEA mengungguli saingan untuk merangkul emas selepas mengumpul keseluruhan 9.626 mata.

Pingat perak menjadi milik atlet Indonesia Tasya Ayu Puspa Dewi dengan kutipan mata 9.593 sementara wakil Myanmar Aye Thitsar Myint yang mengumpul 9.143 mata membawa pulang gangsa.

Cheong Min juga akan turun bersaing dalam final acara Duilian wanita bersama-sama Loh Ying Ting dan Pang Pui Yee hari ini.

Sebagai rekod, kejayaan dilakar Cheong Min hari ini merupakan emas ketiga diraih pada hari kelima temasya dan emas ke-18 kontinjen negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan