Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Produk meja makan hasil daripada pokok acacia (kiri) dan nurseri pokok acacia di Samarakan, Bintulu. Foto: PUSAKA

R&D PUSAKA pacu kemampanan industri perkayuan Sarawak

ByDayu Adruce

KUCHING, 10 Mei: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan produk tambah bernilai tinggi bagi kegunaan industri perkayuan.

Bagi mendepani cabaran kekurangan bahan mentah, R&D merupakan inisiatif yang tepat dalam memacu kemampanan industri perkayuan sejajar dengan permintaan semasa produk yang berasaskan kayu.

PUSAKA dalam satu kenyataan berkata, R&D adalah penting bagi meningkatkan kecekapan pembuatan produk perkayuan sekali gus mengurangkan pembaziran kos pemprosesan.

“Ia selari dengan Revolusi Perindustrian Keempat (41R) iaitu dasar yang menekankan R&D untuk memacu kemampanan industri perkayuan terutamanya bagi meningkatkan ekonomi Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan juga mengumumkan PUSAKA telah menjalinkan kerjasama dengan agensi penyelidikan dan universiti bagi melakukan penyelidikan untuk membangunkan inovasi produk perkayuan.

“Penyelidikan yang dijalankan PUSAKA berpotensi untuk dibangunkan bagi mengubah industri perkayuan di Sarawak kepada industri mampan dan bertenaga,” ujar kenyataan itu hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan