Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan sekitar fasiliti pengeluaran Alga CHITOSE Penangkapan Karbon Bahagian Tengah Sarawak, pada Rabu. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak lancar fasiliti loji janakuasa alga pertama hari ini

ByYusuf Shukri

KUCHING, 10 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini melancarkan loji janakuasa Alga pertama sebagai inisiatif memperkasakan lagi agenda tenaga hijau di negeri ini.

Dikenali sebagai fasiliti pengeluaran Alga CHITOSE Penangkapan Karbon Bahagian Tengah Sarawak, ia mula dibina pada tahun 2020 telah diterajui oleh CHITOSE Group dari Jepun, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC).

Baca artikel berkaitan > > > Sarawak kini miliki loji jana kuasa alga terbesar di dunia – Abang Johari

Abang Johari melancarkan pembukaan fasiliti pengeluaran Alga CHITOSE Penangkapan Karbon Bahagian Tengah Sarawak bersama (dari kiri) Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CHITOSE Group Dr Tomohiro Fujita, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Menurut kenyataan SEB, fasiliti berkenaan akan menggunakan gas yang dikeluarkan oleh Loji Batu Arang Sejingkat untuk penghasilan Alga yang seterusnya akan digunakan untuk menghasilkan tenaga hijau.

Abang Johari dan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CHITOSE Group, Dr Tomohiro Fujita membuat lawatan sekitar fasiliti pengeluaran Alga CHITOSE Penangkapan Karbon Bahagian Tengah Sarawak. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Teknologi ini merupakan hasil usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kumpulan CHITOSE untuk mengurangkan pelepasan karbon yang menjadi punca pemanasan global.

Manakala SBC pula akan membantu untuk menghasilkan Alga berkualiti tinggi supaya projek ini dapat menghasilkan sumber pendapatan yang tinggi bagi Sarawak secara amnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CHITOSE Group, Dr. Tomohiro Fujita, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi SBC, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan