Search
Close this search box.
Kereta dipandu seorang budak lelaki berusia enam tahun terbabas di Jalan Bukit Tangga, Titicawang, Langkawi, malam tadi. Foto: media Sosial

Polis rakam keterangan ibu bapa kes budak 6 tahun pandu kereta

ByTVS

LANGKAWI, 10 Mei: Polis telah mengambil keterangan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sehingga terbabas di Jalan Bukit Tangga, Titicawang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, proses itu selesai tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan mereka telah dibenarkan pulang.

Baca artikel berkaitan > > > Budak lelaki 6 tahun pandu kereta, terbabas

Kata beliau, bapa kanak-kanak itu yang berusia 28 tahun merupakan peniaga kedai runcit dan isterinya seorang suri rumah yang berusia 22 tahun.

“Kemudian Jabatan Siasatan Jenayah pula akan rakam keterangan mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.25 malam tadi, budak lelaki itu mengalami cedera ringan pada dagu selepas kereta dipandunya tanpa pengetahuan ibu bapa terbabas di Jalan Bukit Tangga, Titicawang.

Kanak-kanak itu telah memandu sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) dari rumahnya di Kampung Padang Mengkuang sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.

Dia turut membawa adik lelaki berusia tiga tahun yang tidak cedera sebagai penumpang kereta jenis Toyota Vios tersebut.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika ibu bapa mereka sedang tidur dan kanak-kanak tersebut mendakwa mahu pergi ke kedai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan