Search
Close this search box.
Aksi pasangan regu badminton negara Goh Boon Zhe (kanan) dan Ben Chun Meng (kiri) ketika menentang pemain Thailand pada peringkat separuh akhir berpasukan Sukan SEA 2023 di Stadium Badminton Morodok Techo hari ini. Foto Bernama.

Badminton: Jacky bawa Malaysia ke final berdepan Indonesia

ByBernama

PHNOM PENH, 10 Mei: Dendam yang manis.

Skuad Badminton lelaki kebangsaan berjaya menebus kekalahan mereka pada final 2021 kepada Thailand apabila menyingkirkan juara bertahan 3-2 pada aksi separuh akhir acara berpasukan lelaki Sukan SEA 2023 di sini, semuanya hasil aksi berani Jacky Kok.

Malaysia yang memenangi perak dalam acara berpasukan lelaki Sukan SEA 2021, bermula dengan cemerlang dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Badminton Morodok Techo selepas pemain nombor 64 dunia, Leong Jun Hao, mengejutkan pemain ranking 34 dunia, Sitthikom Thammasin 21-13, 18-21, 21-10 dalam pertarungan selama satu jam.

Beregu lelaki negara, Beh Chung Meng-Goh Boon Zhe menggandakan kelebihan buat Malaysia apabila terselamat daripada seri dalam rubber set dan melakar kemenangan ke atas Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, 21-16, 14-21, 21-15.

Bagaimanapun, beberapa kesilapan permainan di jaring terutamanya pada set kedua, membawa padah bagi pemain perseorangan kedua Malaysia, Ong Ken Yon, yang tewas di tangan Panitchaphon Teeraratsakul, 17-21, 15-21 dalam tempoh 37 minit.

Thailand bangkit kembali apabila mereka seri pada perlawanan keempat selepas Ruttanapak Oupthong-Nanthakarn Yordphaisong menundukkan Chia Weijie-Liew Xun,  21-16, 21-14.

Jacky, yang bermain dengan tenang sepanjang perlawanan terakhir, tidak mengecewakan peminat apabila pemain berusia 21 tahun itu mengekalkan elemennya dari awal hingga akhir untuk mengatasi harapan terakhir Thailand, Saran Jamsri, 21-12, 21-13 dan membawa Malaysia ke final keempat berturut-turut sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Keputusan hari ini bermakna penentuan pingat emas antara Malaysia dan musuh ketatnya, Indonesia yang menewaskan Singapura, 3-1, pada perlawanan akhir esok.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Jacky lega memperoleh satu mata kemenangan buat Malaysia selepas pasukannya melepaskan dua mata kepada Thailand pada awal permainan.

“Tekanan itu tetap ada, namun saya fikir apa yang patut dibuat dalam gelanggang dan buat pukulan mengikut strategi saya ketika menentang lawan,” katanya kepada pemberita di zon campuran.

Walaupun mengakui Malaysia akan masuk ke gelanggang sebagai ‘underdog’ dalam perlawanan akhir esok, beliau berpcaya semua rakan sepasukannya akan cuba melakukan yang terbaik menentang Indonesia.

Kali terakhir skuad lelaki memenangi pingat emas di Manila 2005. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan