Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin (duduk, tengah) menerima kunjungan hormat delegasi perniagaan dan pihak berkuasa penerbangan dari China di pejabatnya semalam.Foto: MOTS

Sarawak terbuka cadangan wujudkan semula penerbangan terus dari China

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 9 Mei: Kerajaan Sarawak bersikap terbuka terhadap cadangan untuk mengembalikan penerbangan keluar dan masuk ke negeri ini dari China.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, permintaan berkenaan dikemukakan kepada beliau oleh pemain industri perniagaan, pelancongan dan logistik.

Kata beliau, sebelum ini laluan penerbangan dari Kuching ke Shenzen, China dan sebaliknya pernah ditawarkan namun dihentikan selepas setahun beroperasi.

“Kita amat mengalu-alukan penerbangan terus ke Sarawak dari China.

“Kita akan meneroka penerbangan terus yang baharu serta berpotensi membabitkan Sarawak dengan China untuk jangka masa yang panjang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Semalam, Kim Shin menerima kunjungan hormat oleh delegasi China’s Aviation International Construction and Investment Co Ltd dan China Aviation Investment Group Co Ltd.

Delegasi itu diketuai oleh Pengerusi Lembaga Civil Aviation Investment Fund Management Co. Ltd, Gao Jianming.

Sementara itu, Kim Shin berkata, laluan udara membabitkan China dengan Sarawak akan memainkan peranan besar dalam memacu pertumbuhan industri pelancongan, perdagangan, pelaburan dan logistik di Sarawak.

“Ini termasuk akan membantu Sarawak mencapai Stategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan