Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi merasmikan pejabat baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Samarahan, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS).

Sarawak rancang wartakan 42 kawasan takungan air baharu

ByAmirah Shawel

KOTA SAMARAHAN, 9 Mei: Kerajaan negeri merancang untuk mewartakan sebanyak 42 kawasan takungan air baharu di seluruh Sarawak bagi membangunkan sumber air dengan lebih baik.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, langkah itu bertujuan untuk melindungi keselamatan sumber air yang akan dibekalkan kepada pengguna.

Kata beliau, selepas perwartaan berkenaan kelak, kesemua kawasan yang dikenal pasti itu tidak boleh diceroboh kerana tertakluk di bawah agensi berkaitan bagi menjaga keselamatan air yang merupakan komoditi.

“Sekarang terdapat 28 kawasan yang telah diwartakan dan kita berharap dapat wartakan 42 kawasan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Samarahan, di sini hari ini.

Menurutnya, perwartaan kawasan baharu juga penting bagi menjamin sumber air mentah yang mencukupi untuk kegunaan rakyatnya.

“Sarawak perlu mempunyai sumber air mentah yang cukup untuk diproses menjadi air terawat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memaklumkan lebih empat juta hektar tanah telah diwartakan sebagai kawasan takungan air di Sarawak.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, Sarawak berhasrat untuk menetapkan rizab bekalan air kepada sekurang-kurangnya 20 peratus menjelang 2030 sebagai perancangan jangka masa panjang.

Setakat ini kata beliau, rizab bekalan air Sarawak adalah minimum namun masih mampu menampung keperluan air semasa.

“Rizab margin air sangat mustahak bagi memastikan bekalan air Sarawak mencukupi terutamanya semasa cuaca panas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan